Malay Magazine @ Melayu Moden

Golongan Atasan Menyemarak Api Perkauman Dan Keagamaan
Semakin dilihat dan difikir semakin ternampak bahawa golongan atasan yang beria-ia mempertahankan kaum dan agama.

Maka keluarlah segala pencaknya kononnya kesucian agama tercemar atau kedaulatan kaum terhakis.

Mereka yang terkehadapan dalam mepertahankan kaum dan agamanya.

Kenapa?

Lalu masyarakat bawahan menyambutnya dan menghabiskan perjuangan. Bergegak gempita jerit perih. Sedangkan sebelum ini masyarakat bawahan tidak mendapat keistimewaan dengan tersucinya agamanya dan terdaulatnya kaumnya.

Kenapa golongan atasan bersungguh-sungguh mempertahankan kesucian dan kedaulatan itu.

Tidak lebih dari mempertahankan status quo. Dengan tersemaraknya api, golongan bawahan terpesona dengan api tanpa menyedari kehidupan mereka semakin tersepit akibat kemiskinan, kesempitan dan hutang yang melampau.

Golongan Atasan semakin mewah hidupnya dengan gayanya yang amat berbeza dari golongan masyarakat kebanyak.

Oleh itu sedarilah!

Ini Bukan Mengenai Kaum Atau Agama, Ini Mengenai Golongan Elit dan Aristokrat
Kini orang-orang miskin, orang-orang kebanyakan, masyarakat marhaen dimomok dengan isu-isu mengenai agama dan kaum. Lalu mereka semua menjadi emosi dan naik darah kononnya berjuang untuk kedaulatan masing-masing.

Namun mereka tidak menyedari, merentasi kaum dan agama, juang kemiskinan semakin melebar. Orang Kaya Terlampau semakin terlampau kaya dan orang miskin semakin banyak. Pendedahan Majalah 3 baru-baru ini memperlihatkan bagaimana saudara kita (rakyat Malaysia) tidur beratap kotak di kotaraya. (Seharusnya Jabatan Zakat mengambil mereka bekerja dengan mereka)

Pada waktu yang sama kerabat elit dan aristokrat dapat membina mahligai super mewah dan hidup di luar negara.

Kerabat elit dan aristokrat ini hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka mengenali antara satu sama lain dan berseloka bersama2 mereka sendiri.

Mereka seboleh-bolehnya tidak mahu dikenali masyarakat marhaen dan tidak akan bercampur gaul bersama masyarakat marhaen ini.

Malaysia sekian lama sebenarnya telah membentuk struktur sosial sebegini, orang maha kaya yang asing dari mata penglihatan masyarakat marhaen.

Mereka mengaut keuntungan hasil perit jerih masyarakat marhaen. Mereka mengawal bahan mentah dan menekan harga barangan-barangan gunaan.

Itu sebabnya harga barang di Malaysia relatifnya amat mahal berbanding negara jiran.

Namun mutakhir ini gelombang politik baru telah meresahkan golongan maha elit dan aristokrat ini. Mereka tidak mahu struktur sosial berubah. Mereka tidak mahu status quo tidak menjadi status quo lagi. Mereka perlu menjamin anak dan juak-juak mereka kekal elit.

Itu sebabnya isu perkauman dan keagamaan didendangkan. Dengan harapan masyarakat marhaen terpedaya dan bertelingkah antara satu sama lain.

Perkara ini disedari apabila pihak aristokrat mula mencampuri semula kehidupan masyarakat marhaen dengan mengarah agar masyarakat marhaen sentiasa patuh kepada mereka.

Wajarkah mereka mengarah masyarakat marhaen yang hidup susah yang terpaksa mempunyai 2 3 pekerjaan untuk menampung membayar hutang jikalau mereka hidup mewah terasing dalam mahligai mewah 2 3 biji setiap negeri yang dibiayai rakyat.

Orang miskin, sederhana, pekerja, marhaen perlu menyedari bahawa mereka tidak boleh dibidak caturkan oleh golongan elit. Dengan kita bersungguh-sungguh mempertahankan kehampaan, kita tidak untung sesen pun, yang untung adalah masyarakat atasan.

Orang super kaya terus-menerus menekan harga agar kesemua bahan mentah dan bahan terproses terus mahal. Dalam setiap pembelian barang, 50% sudah terjamin masuk ke dalam poket pemodal.

BUKAN MUSLIM, MASJID DAN MAINAN POLITIK
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam.

Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak. Firman Allah: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!

Tambah Keliru

Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. ‘Juru-juru fatwa’ yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan ‘peperangan’ boleh diambil jika ada keperluan. Ini dalam masyarakat kita ‘perang dahulu’ tanpa sebarang penerangan awal yang jelas.

Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!

Masuk Masjid

Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:

Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Uthal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Uthal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):

“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:

“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

Luaskan Fungsi Masjid

Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan non-muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!

Najib perlu buang orang ekstrem
Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Mahathir Mohamed antara orang yang dikenali berpotensi untuk menggagalkan 1Malaysia, perpaduan dan kejituan padu rakyat Malaysia.

Mereka bersikap kau-kau aku-aku yang tidak patut ada lagi dalam dunia moden Malaysia ini. Malaysia kini seharusnya bermatlamat menyatupadukan rakyat dengan penyatupaduan yang sebenar.

3 figura ini adalah antara yang dikenal pasti yang mempunyai pengaruh yang besar yang boleh merosakkan asimilasi antara kaum.

Najub perlu melakukan tindakan drastik dan progresif untuk membendung 3 figura ini.

Minggu Ketiga Puasa
Ini adalah pengakhiran minggu ketiga puasa. Dalam minggu ini begitu banyak sekali majlis berbuka puasa di sana sini. Kebanyakannya berbuka dengan handai taulan sahaja.

Dulu aku memang seringkali ke majlis-majlis ‘glamer’ berbuka di hotel. Dulu zaman hedonism. Tidak kiralah anjuran TV3, Astro, Bank2, Petronas, Program2 TV, mesti ada muka aku.

Kini lepas aku tersedar, itu hanyalah ilusi semata2, akhirnya kawan yang senang dan susah bersama yang kekal selama2nya.

Tahun ini tahun yang paling banyak berbuka dgn kawan2. Selepas aku tidak mengendahkan mereka sejak aku hidup dlm dunia glamer. Berbuka di Kg Bharu, di Times Square, di Ikea, di Pantai Dalam dan di Masjid. Walaupun bukan di Hotel namun rasa lebih mesra

Royalti: Kelantan fail saman tuntut Petronas bayar RM800 juta setahun
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalty — dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 — terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar pukul 9.25 pagi tadi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Bahagian Pendaftaran Dagang.

Selepas sahaja saman itu difailkan, Nik Aziz  bersama hampir kesemua ahli Exco Kerajaan Negeri serta seramai 200 penyokong mengadakan sembayang hajat di Masjid Wilayah Persekutuan berhampiran.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas pada hari ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya.

Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, ketika ditemui wartawan di Masjid Wilayah Persekutuan, Nik Aziz berkata tindakan perundangan diambil kerana Petronas telah melanggar perjanjian yang dibuat bagi pembayaran wang royalti kepada Kelantan.

“Sebagai ketua kerajaan negeri saya bertanggungjawab untuk menjaga kehormatan harta negeri Kelantan, kedatangan saya hari ini adalah untuk menuntut hak dan menjaga kehormatan harta kita.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Kelantan, jadi saya perlu lakukan apa jua cara sama ada melalui rundingan atau mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang mempunyai harta perlu menjaga dan mendapatkan semula walaupun telah “dicuri.”

“Tiap-tiap orang yang ada harta mesti jaga dengan baik. Kalau orang curi, kita bertindak, kalau rompak, kita tindak, kalau tipu juga kita bertindak.

“Sebab tidak mahu perkara ini terus berlaku, kita bawa ke mahkamah, atas dasar orang Islam, kalau kita tak tunaikan di muka dunia, kalau kita jahat tetap kena bayar di akhirat.

“Sebelum bayar di akhirat, baik mereka bayar di muka dunia,” katanya.

Selain Husam, turut mengiringi Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Kerajaan negeri Kelantan diwakili oleh Thommy Thomas.

Sementara itu, Husam berkata kerajaan negeri Kelantan telah menghubungi pengurusan Petronas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menjelaskan kedudukan sebenar negeri tersebut dari segi hak mendapatkan royalti.

“Kita dah hubungi Petronas dan Perdana Menteri melalui surat dan rundingan untuk jelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana yang terkandung dalam perjanjian Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang jelas tiada kekeliruan.

“Selain itu, perjanjian tersebut turut disokong Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengerusi Petronas yang pertama.

“Dalam perjanjian itu dinyatakan jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ad di lautan dan daratan, Kelantan berhak mendapat lima peratus setahun bayaran royalti tersebut,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya mendapati telah berlaku pengeluaran minyak di empat blok petroleum sejak 2005.

“Keempat-empat blok tersebut adalah di perairan Kelantan yang tidak bertindih dengan mana-mana kawasan lain, bertindih dengan Terengganu, bertindih dengan Thailand dan bertindih dengan Vietnam.

“Jadi kerajaan negeri berhak mendapat bayaran royalti di keempat-empat kawasan ini.

“Sebagai contoh di kawasan bertindih dengan Thailand pengeluarannya adalah 10 juta tong satu bulan bermaksud dengan harga semasa pendapatannya adalah AS$8.5 bilion setahun dan ini bermaksud kita berhak mendapat sebanyak lima peratus daripada hasil tersebut,” katanya.

Husam yang juga pengerusi jawatankuasa khas mengenai tuntutan minyak berkata jumlah tersebut adalah satu angka yang besar.

“Petronas telah bayar royalti kepada Terengganu selama 18 tahun, jika berlaku kesilapan pada pembayaran royalti Terengganu bermakna pengurusan Petronas adalah disangsikan.

“Jadi selepas semua usaha yang kami lakukan selama ini tidak mendatangkan hasil, kami memilih untuk memfailkan saman terhadap Petronas,” katanya.

Antara relif yang lain dituntut adalah satu penjelasan diambil atau satu siasatan diperintahkan yang menghendaki Petronas untuk membuat pendedahan penuh dan benar berhubung semua fakta berkaitan dengan bayaran-bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan, termasuk tempoh dari mana petroleum telah dikeluarkan, didapati atau diperoleh di luar pantai Kelantan, kawasan-kawasan atau blok-blok dari mana petroleum telah didapati dan diperoleh, serta jumlah bayaran tunai yang perlu dibuat kepada Kelantan.

Kerajaan negeri turut menuntut agar semua tunggakan pembayaran tunai yang telah diperjelaskan, hendaklah dibayar dalam tempoh satu bulan daripada perintah mahkamah.

Ia juga memohon satu perintah supaya semua bayaran tunai pada masa hadapan hendaklah dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan oleh Petronas bagi petroleum yang dikeluarkan di luar pantai Kelantan seperti mana Perjanjian Petroleum Kelantan.

Turut dituntut lima relif yang lain, termasuk relif ganti rugi dan kos. Saman pemula tersebut tidak menyatakan jumlah keseluruhan tuntutan daripada Petronas.

Dalam kenyataan tuntutan, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang  ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri tersebut.

Mengikut klausa kedua perjanjian, bayaran tunai itu hendaklah dibayar dua kali dalam setahun, pada atau sebelum 1 Mac, atau sebelum 1 September.

Menurut Klausa 3 pula, pembayaran tersebut hendaklah terus dibayar selama mana petroleum diperoleh dari negeri tersebut dan tidak perlu membayar sekiranya petroleum tidak lagi diperoleh.

Dalam kenyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa hak milik sumber petroleum dan hak-hak keistimewaan untuk mencari gali bukan satu pemberian kepada Petronas tanpa sebarang balasan ataupun pampasan.

Pengetua Racist. Aku sokong kau separuh
Dikatakan seorang Pengetua di Johor telah berucap di dalam perhimpunan menyatakan orang Cina yang tidak mahu mengikut peraturan sila balik ke negara China dan orang India yang memakai tangkal seperti kolar anjing.

Aku sokong ayat pertama yang menyatakan sesiapa yang tidak mengikut peraturan sila balik ke negara asal.

Namun aku tidak sokong ayat kedua kerana adat melayu sendiri memakai tangkal. Tanya saja orang silat dan tok bomoh. Aku sendiri sampai sekarang pakai tangkal dan aku memang melayu totok asli

Orang Kaya Pandang Jijik Orang Miskin
Aku terkejut apabila mendengar cerita adanya orang-orang kaya yang memandang jijik akan orang miskin. Dan orang-orang kaya ini kebanyakkan orang Melayu juga.

Memang kini disebalik gegak isu-isu perkauman yang tercetus, jurang antara orang kaya-miskin semakin melebar. Orang kaya semakin hidup mewah sementara orang miskin bukan sahaja tidak keluar dari takok kemiskinan malahan ramai kini yang sudah masuk ke dalam kelompok miskin.

Memang adanya orang kaya yang merasakan shopping di Jalan TAR, dan Chow Kit adalah hina. Tempat itu dikatakan kotor dan busuk. Tiadanya kehidupan di Shah Alam dan Bangi lebih-lebih lagi di luar KL. Tempat yang sesuai bagi mereka adalah Pavi, KLCC dan The Curve. Carrefour, Tesco, Mydin tiada kelas!

Mereka ini tidak memakai kereta nasional, mereka hanya memakai audi, bmw, merc, dan paling koman adalah honda accord.

Adanya mereka yang jika terdapatnya majlis yang merangkumi ‘kelas’ mereka dan ‘kelas’ bawahan, mereka hanya ‘hello dan good bye’ kepada kelas mereka walaupun orang kelas bawahan itu berdiri di sebelahnya.

Pantai Hill Park, Bangsar, Mutiara Damansara, The Zon adalah kawasan perumahan yang sesuai dengan jiwa mereka. Selain dari itu adalah tiada kelas.

Jangan harap hendak melihat mereka menaiki pengangkutan awam. Pengangkutan awam sesuai untuk orang ‘buek’. Bersesak dan asap hanya untuk orang tidak berada.

Mereka hanya memandang tinggi orang yang bekerja di Syarikat minyak dan anak dato atau anak tan sri. Selain dari itu tidak berkawan mereka dengan orang miskin.

Kalau bercakap pun perlu berbahasa Inggeris slang American. Tiada slang itu adalah orang kebanyakan.

Yang peliknya ada juga orang miskin yang memandang tinggi kepada mereka, kebanyakannya Pak Guard, Misi hospital dan Cashier. Kalau orang kaya dilayan penuh hormat, kalau orang miskin dibuat muka masam dan tidak diucap terima kasih dan selamat jalan.

Walhal mereka juga hidu bau asap, duduk rumah flat, pergi hospital awam yang ramai pesakit, naik komuter dan lrt.

Orang miskin memuja mereka dan memuliakan mereka. Kadangkala ada yang keturunan orang kaya yang ditanggung oleh orang miskin. Anak beranak dan juak2 mereka.

Jangan lupa kadangkala orang miskin buat salah ditangkap, badan penguatkuasa hanya berani menyerbu hotel2 murah dan pub2 murah. Sementara hotel2 5 bintang dan disco2 high class tidak pernah diserbu.

Hina kepada orang kaya yang tiada budi pekerti, hina lagi kepada orang miskin yang memuliakan orang kaya sebegini.

Sedarlah orang miskin, jangan dibuai dengan sentimen perkauman. Kita nak bela kaum kita, tapi orang kaya dari kaum kita memandang hina kepada kita. Permainan perkauman ini hanya untuk mengekalkan kedudukan mereka.

Puasa
Puasa ni memenatkan. Pejam celik-pejam celik dah 15 hari Posa. Kali ni posa kat tempat baru. Semua baru, orang baru, jiran baru, persekitaran baru, tempat kerja baru. Kali ni betul2 merantau warriorla.

Tapi ada satu syukurnya kat tempat baru ni walaupun takda kawan. Ianya membuatkan kita muhasabah diri kita dan melihat di mana kita berada. Rupa-rupanya kita ni masih di takok lama. Tak bergerak walaupun dah 7 tahun bekerja. Kehidupan kita 7 tahun dulu sama dengan sekarang. Sama sahaja.

7 tahun akibat berhibur sakan, hedonism melampau, main sana sini, buang masa menyebabkan kita terlupa dunia realiti. Terlupa umur dah tua. Anak bini tak ada lagi, yang ada skandal sana sini. Skandal tu hai hai bye bye aja.

Di tempat baru ni dengan tak kenal orang, hiburan tak ada, baru kita tau langit tinggi rendah. Baru tau nak berkawan dgn orang yang patut berkawan. Orang normal yang berkeluarga. Bukan orang yang gila-gila.

Alhamdulillah Tuhan campak aku kat ceruk Tok Kun ni. Walaupun Syarikat aku tak glamer macam orang kerja Petronas KLCC yang berlagak tu. Tapi aku bersyukur (walau kadang kala jeles jugak sikit2). Aku kini dah ada awek. Nak tumpu kat awek. Mintak2 boleh buat bini. Doakan aku kawin cepat dgn dia.

Doakan aku berada digarisan ini, tak terlencong2 lagi. Doakan aku sentiasa mendapat kerahmatan Ilahi. Dah cukup untuk kali ini. Petang ni nak berbuka kat KL, ada majlis berbuka dengan se orang politik yang hidup segan mati tak mau. Tgk je la mcm mana, akan ku ulas nanti.

Malaysia Bila Nak Buat Demonstrasi Halau Orang Asing?
Indonesia kini tengah sibuk buat demonstrasi halau orang Malaysia. Tengok begitu bagusnya orang Indon. Amat tinggi semangat patriotism mereka.

Kita di Malaysia ni punya banyaknya orang asing, pergi Sogo pergi KLCC ada saje orang Negro, Ya Allah ape la nak jadi Malaysia ni. Kalau tak orang Negro, Penguin besar (orang Arab), sana sini mereka.

Dah la cakap kuat2 berlagak pulak tu dengan orang tempatan. Mentekedarah sangat ke kita nak duit diorang sampai diorang pijak kepala kita.

Itu belum lagi orang Myanmar, orang Nepal, orang Bangla, kalau kerja jadi cashier ke jadi guard ke, kita ni semua diorang tak hormat dan kurang ajar.

Tu belum lagi orang kulit putih yang berjawatan tinggi. Macam takda orang kulit sawo matang yang boleh buat kerja dia tu.

Kita ni sibuk cakap ketuanan melayu. Ini kita dah jadi najis kat negeri sendiri sebab orang asing, kita tak nampak. Tau nak bergaduh dengan rakyat kita je.