Pengkajian Semula Manusia

Aug 23rd, 2009 | By admin | Category: Agama dan Kepercayaan
Radzwill Hadrian 23.8.09
Bulan puasa ditambah dengan ketiadaan kereta akibat kemalangan jalan raya membawa satu episod baru kepada diriku, pengkajian semula manusia atau ‘antropologi-sosiologi’ yang telah ku tinggalkan 6 bulan lalu (akibat terpesona dengan keindahan duniawi).

Dengan membuka kitab-kitab maya (informasi dari internet) aku menemui penemuan-penemuan yang aku sendiri tidak ketahui.

Selama ini aku hanya meletakkan 2 teori di dalam kewujudan manusia: -

1) Manusia itu berasal dari Adam dan Hawa
2) Manusia itu berasal dari binatang yang berevolusi (Darwin)

Namun dengan penemuan kitab-kitab sanskrit lama dan juga kitab-kitab greek kuno, banyak karakter baru yang wujud yang menjelaskan kejadian manusia.

Antaranya: -

1) Bangsa Timur Tengah : yang berbahasa Aramaic yang dijelaskan oleh kitab-kitab sejarahnya samada Taurat, Tanakh, Ketuvim, Nevi’im, Injil, dan Quran berkata bahawa manusia asalnya dari Adam (Lelaki) dan Hawa (Perempuan)

2)Bangsa Aryan-India : yang berbahasa sanskrit yang dijelaskan oleh kitab-kitab sejarahnya samada Brahmapurana atau Purana-Purana yang lain berkata bahawa manusia asalnya dari Manu (Lelaki) dan Satarupa (Perempuan)

3) Bangsa Greek-Hellenic : yang berbahasa Greek yang dijelaskan oleh kitab-kitab sejarahnya berkata bahawa manusia asalnya dari Uranus (Lelaki) dan Gaia (Perempuan) yang melahirkan 12 anak, 6 lelaki dan 6 perempuan secara kembar.

Malahan ketiga-tiga sejarah bangsa mempunyai kisah banjir besar: -

1) Bangsa Timur Tengah : Banjir besar melanda dan Noh membuat bahtera

2) Bangsa Aryan-India : Banjir besar melanda dan Waiwaswata membuat bahtera

3) Bangsa Greek : Banjir besar melanda dan ‘Duecalion anak lelaki Prmetheus anak lelaki Lapetus anak lelaki Uranus’ membuat bahtera.

Kesimpulan

Kita ketahui kitab sejarah Sanskrit muncul lebih awal dari Taurat sendiri.

Dan kita ketahui tamadun Greek bermula lebih awal dari kebudayaan Ibrahim bin Azar (Tarih). Pabila Ibrahim berpindah dari mesopotamia ke Kanaan sudah ada masyarakat disitu yang dipanggil orang kanaan (orang phoenician) yang berinteraksi dengan orang greek.

Persoalan (menolak teori Darwin):

1) Adakah terdapatnya 1 pasang manusia pertama sahaja di dunia atau Tuhan menurunkan 3 atau 4 pasang manusia pertama di berlainan tempat

2) Adakah satu bahtera di buat atau terdapatnya beberapa bahtera yang dibuat di tempat2 yang berlainan

3) Adakah kitab-kitab timur tengah terutamanya yang awal seperti Taurat dan Tanakh mencedok dari kitab-kitab Parsi-Aryan-Mesopotamia dan Greek

Namun yang pasti penjajahan pemikiran Aramaic dan istilah-istilahnya terhadap pelusuk dunia berlaku. Jika Adam, Manu dan Uranus adalah orang yang sama, kita (satu dunia termasuk orang kulit putih) lebih terbiasa menggunakan istilah Adam dari penggunaan perkataan yang lain.

Radzwill Hadrian
Mohamad Radzwill Abdullah

Leave Comment