Oh Dewi.. inikah cara melayu melayanmu.

Aug 25th, 2009 | By admin | Category: Dari Meja Ketua Urus

Oh Dewi.. kaulah permata kaulah cahaya kaulah harapan. Demi Dewi, tidakkan aku mahu sesiapa merosakkan derajat mu, kamu lebih tinggi dari raja kau lebih tinggi dari bendahara. Semoga Tuhan bersama-sama kita mempertahankan kebudayaan kita yang suci murni ini.

Beberapa orang telah menghantar e-mail meminta saya mempertahankan keputusan merotan peminum arak. Mereka merasakan saya sebagai seorang pejuang bahasa kebangsaan totok turut memperjuankan ketuanan Islam.

Oh! Perlukah saya berbicara tentang islam lagi. Biarlah administrator-administrator lain yang menguruskan hal ehwal islam di laman sesawang ini.

Saya adalah pejuang bahasa kebangsaan dan saya juga pejuang budaya kebangsaan. Bagi seorang pejuang budaya kebangsaan yang totok, islam ala Arab adalah musuh ketat saya. Budaya Melayu yang asal bersifat pemikiran terbuka mencintai adat budaya dan tidak mengongkong.

Sementara Islam ala Arab mengongkong, mahu menghukum, bersifat gila kuasa, menipu orang ramai, menjadikan kita tunduk kepada orang Arab yang sombong dan kejam itu.

Oleh itu sebagai pejuang Satu Malaysia Satu Bangsa Satu Bahasa, saya turut mempromosikan Islam Liberal dan Dharma Melayu. Ini agar orang Melayu dapat kembali kepada yang asal, Melayu yang berbangga dengan bahasanya, budayanya dan tamadun silamnya.

P.s. Semoga pertemuan Najib dengan Anwar dapat membawa kepada pengukuhan pimpinan yang benci Arab, benci Taliban dan yang bangga dengan bahasa kebangsaan, budaya kebangsaan dan terbuka kepada aliran Islam Liberal dan Dharma Melayu

Leave Comment