Kolum Baha Zain : PENYELESAIAN PPSMI YANG MERAGUKAN

Aug 31st, 2009 | By admin | Category: Artikel & Rencana

Kenapa PPSMI tidak dihapuskan lebih awal?

Kenapa guru yang hendak mengajar Sains dan Matematik dlm Bahasa Melayu dari sekarang mahu ditindak?

Kenapa darjah satu pada tahun 2o11 tidak boleh diajar dalam Bahasa Melayu?

Apakah Ketua Pengarah Pelajaran telah memberi nasihat yang betul kepada Timbalan Perdana Menteri?

Cukuplah sekali dahulu rakyat dipermainkan sehingga akibatnya cerdik pandai dan ramai rakyat biasa hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin politik Melayu dan birokerat kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin selaku TPM/Menteri Pelajaran nampaknya perlu menilai semula strategi
pelaksanaan. Ini hanya masalah pendekatan sahaja, bukan soal dasar kerana pada dasar dan prinsipnya sudah ditetapkan memansuhkan PPSMI.

Kalau dulu pada 2003 PM dengan mudah mengarahkan Kementerian Pelajaran mencampak Bahasa Melayu ke longkang dengan tak bertangguh-tangguh lagi kenapa hendak memperbetulkan balik kesalahan besar itu sampai memakan banyak tahun? Berapa ratus ribu lagi pelajar mahu dibiarkan menjadi mangsa sistem yang kucar kacir ini?

Kita belum lagi membahaskan isu memartabatkan BM di tingkatan 6 dan di pusat-pusat pengajian tinggi. Diharap Tan Sri Muhyiddin menghimpunkan ketegasannya sekali lagi menyelesaikan semua isu sensitif kebahasaan ini secara tuntas.

One comment
Leave a comment »

  1. bersyukurlah apa yang kita ada….yakin degan ALLAH dengan sepenuh keyakinan………berbanggalah jadi muslim,bila islam ditegakkan dalam diri nescaya tertegaklah islam di muka bumi ini.subhanallah

Leave Comment