PAS ANTI ORANG MUDA
Oct 12th, 2009 | By admin | Category: Dari Meja Ketua UrusKeputusan pilihanraya Bagan Pinang membuktikan satu, orang muda menjauhkan diri dari PAS. Saluran pengundi-pengundi muda menunjukkan majoriti besar telah memilih UMNO daripada PAS.
Apakah sebab-sebabnya?
Selepas kemenangan besar PAS dalam pilihanraya Umum yang lepas, PAS telah menunjukkan sifatnya yang sebenar iaitu ingin menjadikan Malaysia yang beradat Melayu sebagai sebuah negara Taliban yang beradat Arab.
Tingkah lakunya, gerak gerinya, ucapan-ucapannya amat menggerunkan, ingin mengongkong manusia Melayu yang berjiwa bebas. Dengan kemahuannya diharamkan pelbagai konsert-konsert seni, ingin diharamkan penjualan Arak, ingin melaksanakan hukuman sebat dan hudud dan pelbagai lagi yang menggusarkan hati dan perasaan Melayu yang sebenarnya tidaklah begitu ekstrem kearaban seperti sangkaan orang ramai.
Ini dibuktikan dengan undian Melayu terutamanya pengundi Muda yang sanggup memilih UMNO kerana UMNO tidak memaksa orang ramai menutup aurat dan tidak memaksa orang ramai agar jangan meminum arak.
Sekali lagi Pakatan Rakyat akan kecundang kerana mereka bukan sahaja tidak memperjuangkan nasionalisme malahan memperjuangkan ekstrimism Taliban.


