Wahabi dari tulisan budak bodoh yang tak habis pun Sekolah Agama petang Johor
Nov 16th, 2009 | By admin | Category: Artikel & RencanaWahabi ? Apa ke alah tu? Wahabi sesat? Sesat macam ayah pin tu ke? Napa sesat? Dia kata diorang Tuhan ke? Diorang kata tak payah sembahyang ke? Diorang kata kena buat teko besar ke?
Tapi itu kata orang-orang Jakim (khususnya Zamihan), kata orang JAIS, kata Yadim, kata Mufti-mufti, kata orang-orang tarekat iaitu Wahabi SESAT.
Kata sapa tah kat Utusan harini (7.11.09) Wahabi dah muncul kat Semenanjung Malaysia (dulu Tanah Melayu) sejak 1940-an lagi. Napa la aku tak pernah dengar tentang Wahabi ni kat sekolah agama dulu?
Mungkin sebab aku sampai darjah 4 sekolah agama mungkin tak habis mengaji (belajar) apa yang boleh kata sesat apa yang kata tak sesat. Kalau aku belajar rajin-rajin mungkin kat darjah 5 atau darjah 6 atau darjah khas ada ajar tentang wahabi. Nanti aku tanya kat kawan-kawan aku yang khatam sampai darjah khas apa tu Wahabi. Mesti diorang tau sebab kat Johor ni kalau khatam darjah khas dah boleh jadi ustaz.
Sementara waktu ni aku google je la…Wahabi atau Wahhabi. Ishh banyak juga, kalau tulisan orang putih semuanya memuji wahabi ni tapi kalau tulisan orang Malaysia ada yang puji dan ramai jugak yang keji.
Tapi aku rumuskan wahabi ni bukanlah ‘ajaran’ hanyalah satu gerakan. Jadi tak sesuai kata ajaran wahabi, sebenarnya hanyalah satu gerakan wahabi. Macam kita ada gerakan anti-PPSMI atau gerakan mansuhkan ISA. Cam tu la.
Wahabi dan King Al-Saud
Wahabi ni disandarkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab seorang member baik kepada King Abd Aziz al-Saud, King Arab Saudi pertama. Mereka berdua nil ah yang mengasaskan Kerajaan Arab Saudi ni sekarang.
Saud ni bukanlah keturunan sultan ke atau mana2 dinasti islam sebelumnya, dia ni ketua kabilah saud je. Mereka berdua ni telah mengajak kesemua kabilah-kabilah arab menentang king hussien bin ali al-hashemi , King of Hejaz.
Pada zaman pengakhiran dinasti turki uthmaniyyah, emperor terbesarnya memanglah ada duduk kat Istanbul tu, tapi pada waktu yang sama kat wilayah-wilayah lain ada wakil masing-masing kekadang di panggil gabenor kekadang dipanggil sultan.
Jadi wakil tanah hejaz adalah King Hussien ni yang kebetulan memangpun keturunan Nabi Muhammad bin Abdullah. Yang menariknya anak King Hussien ni, iaitu King Faisal, King Syria dan Iraq yang beri tanah Palestin kat Israel pada perjanjian Balfour dulu.
K berbalik pada gerakan Wahhabi ni. Pada zaman kemerunduman kerajaan Turki Uthmaniyyah ni korupsi bermaharajalela, sufi dan tarekat berkembang biaknya, kurafat aduh dahsyat sekali.
Kurafat, Bidaah mencemari ketulenan akidah dan fikah
Ada yang memuja-muja Imam-Imam dan tokoh-tokoh agama secara melampau. Kubur-kubur dihias macam rumah, diorang ke kubur dan ke imam-imam mengangis-nangis minta simpati dan minta pertolongan. Kalau nak berdoa pun secara tawassul (melalui orang macam paderi Kristian la). Diorang tak minta tolong direct pada Tuhan, mintak tolong melalui si alim tu la si alim ni la. Pastu diorang percaya pada mimpi-mimpi wali (diorang mengaku diorang wali), apa kata mimpi wali tu karamah la maksudnya iaitu dapat petunjuk dari Allah.
Pastu diorang banyak berbuat amalan-amalan yang takde paedah kononnya nak dapat berkat tapi tak pernah pun nabi buat amalan tu.
Kalau amalan-amalan ibadat yang ditokok tambah tu takpela juga. Tapi kalau dah bab akidah macam tawassul, percaya pada mimpi wali tu dah berat. Siap diorang kata Nabi Muhammad itu nur (cahaya) bukanlah manusia dari tanah, tapi nur dari Allah. Konsep Nur Muhammad ini kononnya adalah sebahagian dari hakikat muhammadiah. Pernah tak dengar konsep Aurad Muhammadiah oleh al-Arqam tu? Ha inilah dia.
Hakikat Muhammadiah kata, dunia ni dicipta kerana Muhammad. Allah cipta dunia semata-mata kerana Muhammad. Mula-mula Allah cipta Muhammad dari NurNya sendiri lalu dia cipta dunia kerana Muhammad. (Tak caya! Bacalah terjemahan Berzanji. Berzanji amat memuja Hakikat Muhammadiah ni).
Itulah fahaman rosak tarekat dan sufi pada zaman Muhammad bin Abd Wahab tu. Jadi Muhammad bin Abd Wahab ni tak puas hati. Dia pun melancarkan gerakan pensucian (purification) akidah, dia menumpukan kepada tauhid (Satu) iaitu Tuhan atau Allah itulah tuhan yang satu, Dialah Tuhan,Dia jugaklah Tuan dia jugaklah yang empunyai Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang diberi oleh Nya sendiri.
Tak payah nak bertawassul melalui orang lain takda Nur-nur yang mengalir. Tuhan itu Tuhan. Manusia itu manusia.
Muhammad bin Wahab ni pun turut menyedari kesesatan akidah ni yang menyebabkan Islam lembik. Dan puncanya adalah akibat penafsiran akidah yang meleweh (yang terlalu spiritual dan menerawang jauh).
Oleh itu Muhammad bin Wahab menetapkan ayat al-quran terutama membabitkan KETUHANAN tidak boleh diubah (tahrif), tidak boleh disamakan (tamsil), tidak boleh ditiadakan (ta’dil) dan tidak boleh ditanyakan bagaimana (takhyif). Kalau al-Quran cakap macam gitu tentang Allah macam gitulah bentuk ayatnya, jangan nak ditukar-tukar maksudnya atau nak ditanyakan bagaimana bentuknya atau apa bendanya.
Ini kerana banyak tarekat dan sufi suka menidakkan akan Allah sama ada dalam bentuk sifat dan zat. Lalu mengubah maksud ayat ketuhanan dalam al-Quran sehingga sampai satu peringkat wujudnya konsep yang dipanggil konsep Wahdatul Wujud iaitu kononnya Allah itu bersatu dengan manusia.
Kenapa orang-orang Ugama takut Wahabi?
Jadi Wahabi ni bukanlah ajaran baru namun hanyalah satu gerakan yang mengajak masyarakat mengenali Islam sebagaimana Nabi Muhammad mengenali Islam dan sebagaimana dia mengajar pula kepada orang lain. Tak perlu ditokok tambah dan dibelit-belitkan.
Jadi kenapa orang-orang agama ni kemain takut pada Wahabi? Walhal kebanyakan penganut baru di luar sana (di dunia selain Malaysia) mengikut fahaman Salafi (Muhammad Abd Wahab ni berfahaman Salaf iaitu mengikut akidah dan fekah cara dan pemahaman Nabi, Sahabat, Tabiian dan Tabi’ Tabiin).
Arab Saudi, UAE terutama Masjid Nabawi dan Masjidil Haram berfahaman Salafi yang sama dengan fahaman Wahabi. Kalau sesat Wahabi sesatlah Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi tu.
Napa ya? Takut kedudukan mereka tergugat? Ialah mereka kan dipuja2 masyarakat. Dipuja hingga maksum. Orang agama mana boleh disoal, berdosa, masuk neraka. Persoalkan orang agama seperti persoalankan agama itu sendiri.
Nanti kalau orang persoalkan habislah diorang tak boleh lagi jadi pengarah kutip zakat. Tak boleh jadi Lembaga Penasihat Syariah. Kini kan kesemua bank2 dan institusi kewangan ada lembaga penasihat syariah. Si Asri ni pun pergi persoalkan sistem kewangan Islam Malaysia, kenapalah dia nak kata Sistem Kewangan Islam Malaysia ni sebenarnya tak Islamik. Kenapalah dia nak kata Sistem Kewangan Islam lebih teruk menindas pengguna dari Sistem Konvensional. Habis camana orang-orang agama ni nak makan.
Si Asri pun tak habis-habis nak kondem penceramah agama yang keluar TV membebel2 tentang akhlak. Kalau tak boleh berceramah, tak boleh jadi lembaga penasihat bank, tak setuju dengan pentadbiran zakat, camana orang-orang agama ni nak survive. Diorang pun nak pakai mercedes nak pakai BMW nak ada banglo mewah, nak pakai TV dan PC IMAC flat screen.
Maka Wahabi ni memang leceh memporak perandakan masyarakat. Masyarakat dah elok2 beriman kepada orang-orang Ugama dan Sultan. Wahabi ni pulak nak menukar alam. Memang mengganggu ketenteraman awam. Memang membahayakan keselamatan.
P.s. Sapa musuh Salaf (juga Wahabi) di Malaysia ni? Jawapannya Sufi, Tarekat, pegangan aliran akidah Asy’ariah, Maturidiah dan Orang-Orang Ugama Yang Menjual Ugama Demi Harta dan Kuasa



wasallam
nak tanya banyak skit nie
so apa beza wahabi ngan syafie? kenapa perlu wujud wahabi bilamana ada hanafi, hambali, maliki dan syafie? why the imams x penah segregating themselves by saying one is more pious over another tapi kite yg konon2 makmum nie jadi extremist judgmental ek? tolak segala mala (cth bidaahkan qunut dan sebagainya) pelek la, kte nie fukahaq ka? mutahadis ka?, ayat lazim pun x ramai hapal, semayang pun ramai tinggal, pekara pokok ramai lagi yg tinggal, nape benda segelintir nie diperbesarkan sedangkan akar dah mati/hampir mati kte anggap bereh doh? which in fact the root getting worsen daily….care to explain? Encik rasa la kan kalu imam mahadi muncul rasanya from which sectarian beliau akan datang?…atau none from the existing aliran/sects?
Napa wujud perpecahan? aliran sufi, muhammdiah dsbginya? mana pegi aliran Muhammadurasullulah saw? Mana pi sunnah Baginda SAW!?
Apa sebenarnya keja umat islam atas muka bumi nie ye? Bukankah kte sebaik2 umat yg dikeluarkan untuk menyeru org kearah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta bersabar? Kalu kte sebaik2 umat berbanding umat yg terdahulu yg penah dikeluarkan atas muka bumi nie, napa skarang mcm jadi umat tercorot/terhina? Mana pi bantuan Allah?
Mgkin kte start luper kerja menyeru/dakwah kot, tuh pasal dari umat terbaik waktu zaman Nabi SAW dan para sahabat ra kepada tercorot (zaman kte la tuh). Yer la, kerja menyeru/dakwah, kebiasaanya pemikiran org melayu depa subcon ke ustaz, so org laen x payah. Mmg btul le utk bab2 hukum hakam agama. Tapi kalo bab iman camno eh?…nak nak zaman skang, pagi ado iman, tengahari abes iman, petang ado balik, kang malam kang abes la plak…….nauzubillah.
Adeke proses implanting/suntikan iman oleh ustaz2, meaning boleh ka ustaz bagi iman ke org laen? Nah aku sebagai ustaz suntik kat hang iman sebesar zarah……x bleh kan? atau mak bapak ada iman, so otomatik anak beriman, “anakku, hg lahir2 dah ada iman sebab kami mak pak hg adalah org beriman”….x bleh gak kan?
……so Nabi saw first thing first usaha atas apa ek waktu kebangkitan islam? bukan usaha atas iman dulu kah? melalui apa cara? dakwah kan? tiada tuhan selain Allah dan Muhammad SAW adalah pesuruhNya…Nabi SAW dakwah hari2…..so org dahulu, para2 sahabat ra zaman Nabi SAW pun hari2 dok buat kerja dakwah, mmg layak selayaknya mereka dpt gelaran umat terbaik atas kerja2 menyeru nie? Awat kte yg serba advanced nie lupe nak menyeru/dakwah sesama kite eh? Yg kte seru apa eh? Seruan politk, seruan keruntuhan bangsa, seruan sgala mala menda fana
…..mmg perlu kte ada hubungan sesama manusia selain dari hubungan dgn Allah, tp skang dah terbalik, segala2nya hubungan ngan manusia dulu, Allah kemudian. Jual madu, kurma dsbinya pun, business model dtg dulu, baru carik hadith atau quran yang boleh substantiate produk kte..patut quran/hadith dtg dulu baru business model….isk isk isk
Mcmana nak letak kehebatan dan kebesaran terhadap Allah dalam diri kite ye? Kalu kte dok sembang/dakwah bab bola, politik, hg kapir aku islam, hg sesat aku benar, hg islam tiruan hok aku tulen belaka…..dok ckp lagu nie hari2, so rasa2nya dalam hati kte rasa apa eh? Kebesaran Allah ke? Kehebatan Allah ke? Keagungan Allah ke?…..tapi nape kte payah nak sembang/dakwah sesama kite tentang kehebatan/keagungan Allah instead of politik, bola, etc? Mana la nak dtg pertolongan Allah, bila manusia sibuk mengharap/mengagungkan pada manusia laen berbanding Pencipta manusia tuh sndrik?
Mana pegi usaha dakwah yg ditinggalkan oleh Rasullulah saw dan para sahabat ra tuh? Nape umat hari nie x mo amek pusing menda nie, yg depa suke politik, politik, politik, politik, mazhab hg x betul aku betul, aliran hg bidaah yg hok aku benar belaka, etc…….manusia zaman nie sangat sangat buta, tuli, bisu dan pekak!…..astagafirullah
k tima kasih kerana sudi baca soklan saya x brape cerdik ye
wasallam
Dah la..Takyah tegakkan benang basah..Hanya Org bodoh dan gelap hati saja yang masih tak nampak kesesatan WAHABI..Berjuta2 Bukti dah,takyah nak dolak dalik nak tarik orang lain ikut sesat macam Asri Abdul Talib Tok Guru Kau tu..
menjawab makan nasik
takde beza syafie hambali hanafi maliki dengan wahabi.
shafie, ahmad hambal, hanafi dan imam malik semua berakidah salaf
muhammad abdul wahab (wahabi) akidahnya salaf dan fikahnya hambali
APABILA ditanya dari mana nas al-Quran dan sunnah yang menyebut pembahagian yang jelas bagi tauhid tiga serangkai iaitu tauhid uluhiah, tauhid rububiah dan tauhid asma’ wa sifat, pendokongnya yang mengaku berpegang dengan al-Quran dan sunnah pun, teragak-agak mendatangkan hujah.
Lantas mendatangkan hujah-hujah berbentuk taklid iaitu WAMY, ulama-ulama lain dan silibus-silibus beberapa buah universiti yang menyokong. Itu sebenarnya taklid.
Kadang-kadang didatangkan nukilan al-Baghdadi dalam al-Farq Baina al-Firaq berkaitan dengan tafsiran perkataan ‘ahlussunnah’ sebab mahu bergantung dengan ulama silam Ahlussunnah, namun ditiadakan syarahan bahawa Imam al-Baghdadi sebenarnya mensyarahkan tauhid Sifat di dalam kitab tersebut apabila beliau mensyarahkan firqah najiah (firqah yang selamat). Bahkan perkataan ‘tauhid-tauhid sifat’ dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara sifat-sifat 20.
Lihat bagaimana Imam al-Baghdadi mensyarahkan pandangan Ahlussunnah dalam mentauhidkan sifat Allah SWT: “Mereka ijmak bahawa tempat tidak meliputiNya (Allah SWT tidak bertempat) dan masa tidak mengikatnya, berbeza dengan firqah al-Hasyamiah dan al-Karamiah, yang mengatakan Allah memegang arasynya”. (Lihat Al-Baghdadi, al-Farq Baina al-Firaq, hal.256).
Dalam isu tauhid, amat merbahaya kita bertaklid. Sepatutnya didatangkan nas-nas yang jelas berkaitan pembahagian tiga serangkai tersebut bersesuaian sekiranya kita bersarjanakan al-Quran dan sunnah.
Kalau berdoa selepas solat secara berjemaah yang tidak ditunjuk oleh hadis secara jelas pun dituduh bidaah dan sesat oleh sesetengah orang (walau berdoa disuruh dalam al-Quran dan sunnah), apatah lagi isu pokok dan besar seperti tauhid.
Apabila ditanya, mana dalil al-Quran dan sunnah apabila anda mengatakan penyembah berhala bertauhid dengan tauhid rububiah (tanpa tauhid uluhiyah)? Lantas akan dinyatakan kata-kata si polan dan polan mengatakan perkara ini dan di sokong pula dengan ulama-ulama ini dan ini.
Persoalan saya: Kenapa tidak ada sepatah pun ayat al-Quran dan hadis atau kata-kata ulama-ulama Salafussoleh (tiga kurun pertama) mengenai perkara ini?
Memang benar ada ayat yang bermaksud: Dan jika engkau bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab: Allah; jadi bagaimana mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah SWT). (al-Zukhruf: 87).
Dalil ini digunakan untuk menunjuk- kan orang-orang Musyrik (penyembah berhala) beriman dengan iman rububiah. (Mohd. Naim Yasin, hal.11).
Namun kenapa tidak dicantumkan dengan ayat selepasnya? Dan (Allah mengetahui) ucapannya (Muhammad): Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman. (al-Zukhruf: 88).
Tidak pula al-Quran mahupun sunnah menyebut orang-orang Musyrik beriman dengan tauhid rububiah sahaja! Ini persoalan akidah, sepatutnya ada nasnya secara jelas.
Sebaliknya al-Quran mengatakan dengan jelas bahawa mereka bukan orang yang beriman. Bagaimana kita boleh mengubahnya mengatakan mereka beriman dengan tauhid rububiah? Mana dalilnya sebab ini persoalan akidah?
Ini adalah taklid. Kenapa kita membenarkan taklid dalam soalan akidah sebegini? Kita amat tidak adil apabila membenarkan taklid pada persoalan akidah sebegini.
Lantas kemungkinan saya pula ditanya: Apa dalil kamu dari al-Quran dan sunnah yang menyebabkan kamu mengkhususkan Sifat 20 untuk Allah SWT?
Maka saya berkata: “Bahawasanya Allah SWT bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, dan maha suci dari segala kekurangan. Sesungguhnya ketuhanannya melazimkan kesempurnaan mutlak secara khusus untuk ZatNya.
“Kemudian, kami memilih sifat-sifat terpenting daripada sifat-sifatNya yang maha sempurna dan kami menjelaskannya secara terperinci perkara-perkara dan keyakinan-keyakinan yang berkaitan dengannya (Lihat al-Buti, 1992, Kubra al-Yaqiniyat al-Kauniyyah, h108).
Adalah satu fitnah sekiranya kami dikatakan menghadkan sifat Allah SWT kepada 20 sahaja!
Saya mungkin ditanya lagi: Mana dalilnya dari al-Quran dan sunnah? Saya akan mengatakan bahawa semua sifat dua puluh itu ada dalilnya di dalam al-Quran dan sunnah. Kalau mahu diperincikan, boleh dilihat dalam semua buku yang mensyarahkan Sifat 20.
Saya ditanya lagi: Bukankan Sifat 20 itu susunan Muktazilah? Saya berkata: Sekiranya saudara membaca sejarah Islam silam, saudara akan memahami bahawa pada zaman Khalifah Abbasiah iaitu Ma’mun bin Harun ar Rasyid (198H-218H), al-M’tashim (218H-227H) dan al-Watsiq (227H-232H) adalah khalifah-khalifah penganut fahaman Muktazilah atau sekurang-kurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah.
Dalam sejarah Islam, dinyatakan terjadinya apa yang dinamakan ‘fitnah al-Quran itu makhluk’ yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefaham dengan kaum Muktazilah.
Pada masa itu, Imam Abu Hassan al-Asy’ari muda remaja, dan belajar kepada seorang Sheikh Muktazilah, iaitu Muhammad Abdul Wahab al-Jabai (wafat 303H).
Imam Abu Hassan al-Asy’ari (wafat 324H) melihat terdapat kesalahan besar kaum Muktazilah yang bertentangan dengan iktiqad (keyakinan) Nabi SAW dan sahabat-sahabat baginda, dan banyak bertentangan dengan al-Quran dan sunnah. Lantas beliau tampil meninggalkan fahaman Muktazilah dan menongkah hujah-hujah kaum Muktazilah.
kefahaman masyarakat
Bermula dari itulah, Imam Abu Hassan al-Asy’ari melawan kaum Muktazilah dengan lidah dan tulisannya. Justeru, susunan tauhidnya bermula setelah dia berjuang menentang Muktazilah dan mengembalikan kefahaman masyarakat kepada al-Quran dan sunnah.
Di atas jalannya, ulama silam menelusuri, antaranya ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (wafat 365H), Imam Abu Ishaq al-Asfaraini (wafat 411H)., Imam al-Hafiz al-Baihaqi (wafat 458), Imam Haramain al-Juwaini (wafat 460H), Imam al-Qasim al-Qusyairi (wafat 465H), Imam al-Baqilani (wafat 403H), Imam al-Ghazali (wafat 505H), Imam Fakhrurazi (wafat 606H) dan Imam Izzuddin bin Abd Salam (wafat 660H). (Lihat Kiyai Sirajuddin Abbas (2008). Aqidah ahlussunnah wal Jamaah, h21-23).
Tidak pernah wujud pertelingkahan antara penghuraian Imam Abu Hassan al-Asy’ari dan Imam al-Maturidi dengan pengikut-pengikut mazhab fiqh yang empat.
Kemudian saya mungkin diperlekeh kerana pengajian sifat 20 ini bentuknya kaku, lantas contoh sindirannya ialah: “Wujud maksud ada, lawannya tiada…. akhirnya semuanya tiada”.
Saya katakan sememangnya cara perbahasan Sifat 20 kena diperbaharui dan diringkaskan.
Dalil-dalil al-Quran berkaitan sifat tersebut perlu lebih dipertekankan berbanding dengan dalil-dalil akal yang rumit-rumit yang mungkin zaman kita tidak memerlukannya.
Pada saya, mungkin penulisan seorang ulama Indonesia Kiai Sirajuddin Abbas bertajuk: Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, boleh digunakan untuk memudahkan kefahaman pembaca. Buku ini masih banyak dijual di toko-toko buku di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.
Saya kemudian ditanya berkaitan dengan sahabat-sahabat saya yang mungkin belajar dan mengajar tauhid tiga serangkai ini?
Saya katakan pengalaman saya mendengar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat saya yang mengajar tauhid pecah tiga ini, ada di kalangan mereka tidak ekstrem, tidak sampai mengkafirkan/mensyirikkan golongan yang tidak sependapat.
Contohnya bila memperkatakan tawassul dan menziarahi kubur, ada di kalangan mereka menerimanya tanpa mengkafirkannya atau menyesatkannya.
Demikian juga persoalan penafsiran ayat-ayat sifat, ada yang tidak menerima/ tidak taklid bulat-bulat kenyataan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan lebih kepada menyerahkan kepada Allah SWT. Mereka lebih suka merujuk terus ke Ibn Taymiyyah berbanding Sheikh Abd Wahhab.
Di kalangan mereka (mengikut cerita adik saya ketika dia belajar di Universiti Yarmuk, Jordan), pensyarah Aqidahnya mengatakan: Kamu orang-orang Malaysia, ramai mengikut Ahlu sunnah aliran Asyairah.
Namun, tauhid yang diajarkan ini mengikut susunan Ibn Taymiyah kerana menjadi silibus Universiti ini (pada masa itu). Terserah kepada kamu mengikut keyakinan Asyairah itu (tanpa beliau menyesatkannya).
Mereka menyedari ramai ulama silam (sama ada muhadithin, fuqaha’ atau mufassirin) dari kurun ke tiga Hijrah berpegang kepada huraian Imam Abu Hassan al-Asy’ari (wafat 324H) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333H).
Walaupun begitu, ada yang amat ekstrem dalam pegangannya sehinggakan menyesatkan imam-imam terdahulu yang berada dalam lingkungan ratusan tahun.
Semoga pembaca membuat pertimbangan dan terbuka berkaitan isu ini. Pada saya berpegang pada tauhid susunan dan huraian orang yang dekat dengan Rasulullah SAW (al-’ali) lebih selamat dari berpegang kepada tauhid orang terkemudian dan sekarang yang kelihatan cacar marba metodenya dan bertaklid dengan orang-orang baru (al-nazil).
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari kesesatan dan menganugerahkan kita jalan yang lurus.
(dipetik dari utusan malaysia 25/11/2009)
nampaknya orang yang suka menyesatkan orang bukanlah dari golongan as-sunnah (salafi) namun golongan pemikiran orang lama dan golongan ahli sifat 20. lihat saja tulisan di atas ni (yang ingin melihat islam gemilang kembali), banyak betul mengutuk pemikiran golongan as-sunnah.
dan dari tulisan itu tidak ada satupun ayat quran (yang menghalalkan penggunaan sifat 20 dan menentang cara akidah ahli sunnah). semuanya menggunakan hawa nafsu semata.
“P.s. Sapa musuh Salaf (juga Wahabi) di Malaysia ni? Jawapannya Sufi, Tarekat, pegangan aliran akidah Asy’ariah, Maturidiah dan Orang-Orang Ugama Yang Menjual Ugama Demi Harta dan Kuasa”
Pebenda nie???sempat lagi tu..kelakarla hahaha..,mule2 seronok nak ikut blog ni mengenai melayu,lepas terbace benda ni jd tak lalu..ingatla shabtku hanya 1 drpd 73 golongan yang memasuki syurga allah iaitu ahli sunnah wal jamaah.
ahli sunnah itulah ahli sunnah wal jamaah. Salafi itulah ahli sunnah
HUD
Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. ??????? ?????? ??????????? ??????? ????????? ??????? ????????? ??????????? 52
Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). ????????????? ?????????? ?????????? ??????? ????? ?????? ????? ?????????? ????????? 53
Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. ?????????? ??? ???????????? ?????? ?????
kita ni jahil…dok tibai imam tu lah..imam ni lah macam kita terer kan…. sufi tak betul , tarekat la tak betul… nak ambil jalan sahabat terdahulu la konon, yg lepas sahabat dan tabiin tak berapa yakin …. macam le kita nih lebih terer dari imam abu hassan al asyari dan ulama yang hebat2 lepas tu . pikir le oi…dia org tu thp imam…bukan mcm imam kg kita. kalau tak tau apa dia ilmu2 yg tuan sebutkan di atas …pegi le belajar… abru le tau betul ke silap… jgn main quote ckp org lain je… ilmunya tak tau… benci tul aku bila jumpa dgn puak2 kakaktua macam nih
grrrrrrrr….
WAHAI ANAK ADAM…………..KENAPA KAMU PERBESARKAN ISU WAHABI……………… PERPADUAN LEBIH PENTING DARIPADA PERBAHASAN ISU WAHABI………………………..
Akidah kita betul-betul mengikut apa yang dinyatakan oleh Imam asyari atau sudah diganggu oleh mereka yang datang kemudian dari Imam Asyari itu. Kalau kita perhatikan banyak perkara yang tidak dibicarakan oleh Imam Asyari dibicarakan oleh kita.TU yang hairan.hairan……….hairan?
Puak2 wahhabi ni takkan berenti menghina ulama2.. mereka berasakan mereka berada di landasan kebenaran, mereka sebenarnya tertipu dengan ilmu mereka yg sedikit itu.. mereka anti ulama dan suka menghina ahlul bait.. mereka bak kata Rasulullah “.. membaca Quran tetapi tidak melampaui kerongkong mereka, mereka keluar dari agama dan tidak akan kembali…”. Kita lihat ramai puak syiah yang taubat.. ramai orang bukan muslim yg masuk islam, tapi jarang2 sekali kita melihat kaum2 wahhabi ni bertaubat dan kembali ke landasan majoritu jemaah… kerana apa..? kerana mereka telah dilaknat oleh Allah lantaran kejahilan dan kesombongan mereka… mereka2 ini akan sentiasa ada sepanjang zaman dan yang terakhir diantara mereka bersama2 dengan DAJJAL..!!! Subhanallah…
WAHAI ANAK ADAM…………..KENAPA KAMU PERBESARKAN ISU WAHABI……………… PERPADUAN LEBIH PENTING DARIPADA PERBAHASAN ISU WAHABI………………………..
———————————-
Assalamu’alaikum,
Nak bersatu padu camane ? Semua ulamak dan Umat Islam yang berbeza pendapat dengan Wahhabi akan dijatuhkan sebagai AHLI BID’AH dan MASUK NERAKA. Padahal umat islam yang ikut ulamak yang memahami al Quran dan Sunnah tu..
Tengok balik tulisan penulis blog nih nampaknya me’maksum’kan WAHHABI. :)
berlapang dada February 17th, 2010 11:54 pm :
nampaknya orang yang suka menyesatkan orang bukanlah dari golongan as-sunnah (salafi) namun golongan pemikiran orang lama dan golongan ahli sifat 20. lihat saja tulisan di atas ni (yang ingin melihat islam gemilang kembali), banyak betul mengutuk pemikiran golongan as-sunnah.
dan dari tulisan itu tidak ada satupun ayat quran (yang menghalalkan penggunaan sifat 20 dan menentang cara akidah ahli sunnah). semuanya menggunakan hawa nafsu semata.
————-
Bila baca balik tulisan yang ingin melihat islam gemilang kembali. Memang SAHIH nick BERLAPANG DADA ini PENDUSTA
Patut la pun banyak sangat nampak jahilnya penulis ni, rupanya tak habis pun belajar sekolah agama petang kat Johor tu, kalau dah tau tak habis belajar tak yah la nak sibuk2 perbahas benda yg hang tak tau…silap2 jadi sesat dan lebih parah meyesatkan org lain pulak….org tak habis belajar kalau memandai mandai nak ajar org, inilah yg dinamakna “syok sendiri”…
salam..! :)
em..kpda saudara yg tak bis ngji kelas ugama ptg!sy ucap kan tima kasih.tak kisah la walau pon tak bis ngji kelas ugama ptg pon! hadis yg berbunyi! sesungguh nya allah ta’ala mencipta kan makhluk nya di dlm kegelapan,lalu dia melemparkan chyanya kpd mereka.barang siapa yg diselubunggi cahaya itu,ketika itu juga dia mndapat petunjuk.dan barang siapa tidak dikenai cahaya itu sesat lah dia” dan Rasul S.A.W bersabda,tlh merasai keenakan iman,siapa yg meridhai allah sbgai tuhan,dan meridhai islam sbgai agama,dan meridhai Muhammad S.A.W sebagai nabi. jd sy brtanya cikit pd saudara bila meyentuh soal hakikat muhamad.yg saudara tidak kenal,yg saudara mudah2 kan! igat2 saudara bila myentuh soal muhamad.ya mmg dunia ini dicipta kan krna muhamad.!bkn krna sspa! igat saudara pesanan drp sy . jgn lah awal2 di dunia dah mendapat celaka,akhirat kelak dapat lah neraka? soal lain blh saudara tarik2 tali tp klu soal muhammad s.a.w saudara permudah kan.tunggu lah saudara?jwpan ada pada saudara! dah clas ptg dah nak mula.g lah balik bajar.mgkin d sna saudara dpt jwpan nya. allahummasoliala muhammad waala alihi muhammad. ! pikir2 kan,renung2 kan,tenang2 kan? wkslm!
Tapi salah ke kwujudan sufi? aku bukan nak bias mana-mana..
Kalau Wahabi ni, yg aku nampak berat pada ibadat. Lebih menumpu kesempurnaan ibadat dari segi perlakuan. Dan juga perlakuan harian.(mungkin, aku tak berapa faham sgt Wahabi ni, cuma pandangan kasar je.,)
Kalau Sufi ni aku nampak berat pada keimanan. Lebih menumpu pencarian Tuhan. Wahabi kata sufi salah. tapi salah ape je. Salah ke kalau nak berzikir sepanjang hari? (yang aku tau diorang bukan berzikir extreme, just dlm hati). Aku juga bukan mendalami ilmu sufi ini. Tapi aku tahu juga sedikit.
Ada juga Wahabi menerangkan sufi ni banyak bidaah. Kalau nak cerita bidaah, jangan naik kereta. Jangan naik kenderaan bermotor, jangan pergi bank, jangan semuanya di dunia. Yang aku tau sufi ni banyak amalan yang nabi mungkin tak pernah lakukan tapi diorang lakukan. Tapi pada aku itu hanyalah proses untuk mencapai tahap keimanan yang dikehendaki. bukan lah mereka menyembah patung tau apa.
Dan kalau benar-benar orang mendalami tarekat or orang mendalami sufi, mereka takkan mengutuk orang lain seperti dalam artikel. mngatakan orag tarekat mengutuk Wahabi SESAT.
Dan kesimpulan aku ntah la..
Dan aku rasa, apa kata kedua-duanya disatukan.. (ini pendapat je)
Maaf kalau fakta aku banyak yang auta