Khalifah Abu Bakar membiarkan pembunuh dan perogol bebas?
Dec 22nd, 2009 | By admin | Category: Agama dan Kepercayaan, Artikel & RencanaIsu ini wujud apabila seorang Islam yang bernama Malik bin Nuwayrah dibunuh oleh Panglima Khalid bin al Walid.
Malik bin Nuwayrah adalah ketua puak Yarbu’-Tamim (Bani Yarbu’) yang ditugaskan oleh Nabi Muhammad untuk mengutip zakat. Beliau dikenali oleh penduduknya sebagai seorang pahlawan yang budiman dan dermawan. Suka tolong penduduk mereka yang susah dan menjaga kebajikan penduduk bani Yarbu-Tamim. Beliau juga seorang penyair yang bijak dan tampan.
Sesudah Muhammad wafat, dan Abu Bakar dilantik menjadi Ketua Negara berikutnya, Malik bin Nuwayrah meragui sama ada patut atau tidak penduduk mereka masih perlu membayar cukai (zakat) kepada Ketua Negara Madinah yang baru.
Puak Yarbu’-Tamim tinggal di sekitar Timur Laut gugusan Arab (yang sekarang berdekatan dengan Kuwait).
Khalid al-Walid yang dikerahkan oleh Abu Bakar untuk berjumpa kepada mereka yang ingkar untuk membayar zakat apabila tiba di tanah Yarbu’-Tamim melihat penduduk puak Yarbu’-Tamim bersembahyang berjemaah yang diketuai oleh Malik bin Nuwayrah sendiri.
Khalid menunggu pada malam hari kemudian membunuh Malik bin Nuwayrah (melalui askarnya Dhirar) dan kemudian mencari isteri Malik yang bernama Layla binti al-Minhal dan merogolnya.
Apabila berita ini kembali ke tanah Madinah, Ali Abi Talib dan Umar al-Khattab telah mendesak Abu Bakar menghukum Khalid al-Walid kerana membunuh orang islam dan merogol, namun tidak diendahkan oleh Abu Bakar.



ade bukti ke bro????
kau cari kat google ada la cerita tentang ini
perkara ini adalah tidak betul. cuba baca buku khalifah malik. baca sehngga habis ya. sumber internet ini sebahagiannya adalah unsur penipuan.
takkanlah tipu. kalau hal ini disyarahkan oleh ilmuan-ilmuan islam di universiti-universti timur tengah
baca buku beb!
aku baca buku la ni. kau tu yang tak membaca. atau kalau satu penulisan yang kritikal kau anggap semuanya nak menjatuhkan islam.
mungkin buku tu tulisan puak syi’ah. kn diorang nk menghina semua khalifah? mcm 1 buku y aku baca. pasal hukuman zina anak khalifah ummar al-khattab y namanya abu samah. tu semua cerita puak syi’ah nak memburukkan khulafa’ ar’rasyidin. baca ni http://www.scribd.com/doc/26503690/Motif-Tabarra-Disebalik-Hukuman-Hudud-Ke-Atas-Anak-Khalifah-Umar-r-a