Allah Hak Esklusif Islam Melayu?
Jan 7th, 2010 | By admin | Category: Sensasi
Mohamad Radzwill Abdullah, 7 Januari 2010
Sebab tajuknya ditulis Tuhan Islam Melayu bukan Tuhan Islam sahaja kerana antara hujah mereka yang menentang orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah ialah Islam Arab dan Islam di Semenanjung Tanah Melayu berbeza.
Benarkah jika kita mengambil pakai konsep itu (iaitu Islam Tanah Melayu dan Islam Arab berbeza) kita mendapat hak eksklusif penggunaan perkataan Allah? atau menyebabkan kita langsung tidak mendapat hak itu?
Pada tahun bilakah Islam tiba di Semenanjung Tanah Melayu? Islam dikatakan tiba ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1303 masehi. Ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Catatan Batu Bersurat antara lain menyebut mengenai kaitan antara Islam, Rasullullah dan undang-undang Terengganu.
Yang menariknya pabila Islam tiba di Semenanjung (melalui catatan batu bersurat itu), ianya tidak membawa Allah bersamanya. Ini kerana di sepanjang tulisan batu bersurat itu walaupun menyebut kalimah Islam dan Rasullullah, tidak terdapat langsung perkataan Allah.
Yang ada hanyalah Dewata Mulia Raya. Antara catatan tersebut antaranya: -
- RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
- Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
- Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
- Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
- Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
- Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
- Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
- Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
- Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
- Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
- Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.
Bukti tersebut menunjukkan apabila Islam tiba di Semenanjung Tanah Melayu, mereka sendiri memilih untuk mengekalkan perkataan Dewata Mulia Raya bagi Tuhan. Dewata Mulia Raya adalah satu kuasa ghaib Yang Maha Agung, Yang Tiada Awalan dan Tiada Akhiran, Yang Mencipta segala isi langit dan bumi.
Maka orang Islam dahulu sendiri memilih tidak mahu menggunakan perkataan Allah kerana pada mereka, Allah merupakan perkataan Arab yang membawa maksud ketuhanan yang sama seperti Dewata Mulia Raya.
Adakah ini menunjukkan orang Melayu zaman dahulu lagi menolak ketuhanan Allah atau sebenarnya lebih bijak pemahaman dan pengasimilasian budaya dan bahasanya?
Orang Melayu zaman dahulu tidak begitu gopoh mengambil pakai istilah-istilah arab kerana padanya terdapat istilah-istilah melayu yang cukup untuk menggambarkan ke’syumul’an Islam itu sendiri.
Maka kita dapat lihat perkataan Jannah, Jahannam, solah, musolla tidak diambil kerana pada mereka sudah ada perkataan Syurga, Neraka, sembahyang dan surau yang membawa maksud yang serupa.
Kesimpulannya, jika ingin menggunapakai konsep Islam Melayu adalah berbeza dengan Islam Arab maka kita tidak seharusnya menggunakan istilah Allah kerana kita sepatutnya menggunakan istilah Dewata Mulia Raya. Oleh itu adakah kita mahu orang ramai menggunakan istilah Allah atau kita tidak mahu langsung ianya digunapakai di bumi Semenangjung Malaysia ini?
Mohamad Radzwill Abdullah, 7 Januari 2010



Kita penentu kelangsungan apa yang kita hasratkan. Perubahan itu satu ketetapan melainkan. Budaya itu dinamik. Lihat sahaja perubahan dari Dewata Mulia Raya kepada Allah. Tidak salah jika kita tetap pertahankan Allah eksklusif untuk Islam di Malaysia bagi elak kecelaruan dan kekeliruan. Ini isu dalam negara kita, yang sesuai dengan sosio budaya kita. Adat resam ini yang perlu dimaklumi oleh setiap kita, melainkan yang memandang sinis kepada perkara adat resam ini.
This is heroic work. Thanks, LOl. Though your questions were ignored, you have demonstrated what true accountability means.
Kau jawab nanti kat akhirat dengan surah al-Ikhlas.memandai membenarkan yang batil……….. menimbulkan kemushkilan pada umum.Tinggi sangat ilmu? hujjah landaskan al-Quran dulu. jangan sampai kene laknat! pegi taubat balik, mengucap balik….
Syukurlah kerana proses peralihan dan penerimaan dari “Dewata Mulia Raya” , “Sang Prabo Minyak Jinggo” ” Si Togok” “Damar Ulan” dan sebagainya kepada Allah subhanahuwataala telah berjalan dengan lancar, cepat & berseh. Terima kaseh kepada para pendahwah Islam pada masa itu. Semoga Allah memberi rahmat ke atas roh mereka amin. Kita tak ada pada masa itu, tapi kita boleh gambarkan betapa sukarnya kerja dakwah mereka…Berkat kegigihan, keiklasan dan doa mereka kita dapat nikmat Islam.
Syukurlah kerana tidak ramai orang Melayu pada masa itu yang bersemangat seperti saudara Mohamad Radzwill . kenyataannya Jenuh juga nak terap akidah yang jelas tu. …Tak mengapalah yang penting jelas.
La ni perkataan “Allah” Kita tak mahu perkataan itu jadi ganti nama untuk segala jenis “GOD” . Dalam bahasa Melayu ada perkataan TUHAN so gunalah ganti nama itu. Kalau degil (denki) nak jugak guna boleh tapi kena jelas. Macam Bible bahasa Indonesia “Tuhan Allah” atau macam apek dekat pasar ” Aya Gua tara tipu, nanti “Tuhan Allah” marah !
Jelas….. tuhan yang mana satu… Tuhan Ganis ke?, Tuhan Rawan Ke? Tuhan Father ke atau Tuhan Jesus ke ?
Masaalah puak Christian Catholic ni celaru banyak. sebab “Trinity” Doktrine ni sebenarnya dosa besar , Very-very big sins & create confusion dikalangan Gereja dan penganut Keristian. Puak Trinitarian ni tak boleh guna perkataan Allah sebab maksud nya jadi lain. Pada mereka tak apa sebab doctrine itu mereka terima secara “blind faith” Jika puak ni kata ‘Tuhan Allah” dia mesti ada niat buruk. kita kena debat balik dengan mereka dan minta penjelasan. Tapi masaalahnya mereka pun tak mampu beri penjelasan. Nak jelas dengan apa? dengan Bible ….lagi jadi kelabu. Penjelasan dari mimpi atau inspired mana boleh jelas.
Nanti dia kata ini “Tuhan Mistery”
Jehowah pun marah !
Wahai Yang ingin melihat islam kembali gemilang,
Kalau gitu Ulama Yusuf Qardawi, Zahbah, Tantawi, ulama2 dan mufti2 negara2 arab, penyarah2 dan pengetua2 universiti2 di timur tengah semuanya kena jawab kat akhirat guna surah al-aikhlaslah, kerana menggunakan hujah yang dangkal kerana tidak pernah mengharamkan orang bukan islam menggunakan kalimah Allah bagi translasi ‘Tuhan’.
Mereka semuanya ilmunya tidak setinggi kau lah. Semuanya kena taubat lah. Semua kena laknatlah?!
Begitu juga Imam Syafie, Hambali, Maliki, Hanafi, Ghazali, Ashari, Maturudi, Ibn Taimiyyah semuanya kena taubatlah dan kena laknatlah kerana pada zaman mereka mereka tidak pernah menghalang orang arab yang beragama kristian dan beragama yahudi daripada menggunakan perkataan Allah bagi Tuhan.
Mereka semuanya ini tidak sepandai kaulah!