Larangan bertatu hanya pada wanita
Sep 24th, 2008 | By admin | Category: Agama dan KepercayaanMohamad Radzwill bin Abdullah
Usahaku untuk mencari larangan Tuhan di dalam kitab suci Islam al-Quran mengenai tatu tidak mencapai kejayaan. Setelah aku membelek-belek al-quran, aku dapati al-Quran sedikit pun tidak bercerita tentang larangan bertatu. Aku pula membuka tulisan-tulisan agamawan fiqh. Kesemua mereka tidak memetik langsung dari al-Quran, mereka ahnya melampirkan kata-kata Rasulullah dari hadith-hadith.
Terdapat 2 hadith yang dipetik mereka. Namun aku tidak mengetahui authenticity (kesahihan) hadith ini. Hadith tersebut berbunyi
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Allah mengutuk wanita-wanita pembuat tato dan wanita-wanita yang minta dibuatkan tato, wanita-wanita yang mencukur rambut wajah dan wanita-wanita yang minta dihilangkan rambut wajahnya serta wanita-wanita yang merenggangkan gigi demi kecantikan yang merubah ciptaan Allah.
Menakjubkan, Tuhan hanya melarang wanita sahaja bertatu. Namun Tuhan tidak pula melarang kaum lelaki bertatu.
Kalau mengikut kaedah yang diguna pakai oleh Yusuf Qardawi dalam bukunya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (Halal dan haram dalam Islam) menyatakan:
“DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahwa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali karena ada nas yang sah dan tegas dari syari’ (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, yaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah –misalnya karena ada sebagian Hadis lemah– atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, yaitu mubah.”
Oleh itu jelaslah, lelaki halal baginya bertatu. Namun adalah haram wanita bertatu.
Timbul persoalan oleh mereka yang suka mengharamkan benda yang halal ialah mereka yang bertatu tidak sah mandinya (yang disebut-sebut di alam Melayu sebagai mandi wajib).
Dalam persoalan mandi ialah kewajiban mandi. Maka sesiapa yang berhadas besar diwajibkan mandi. Istilah mandi wajib tidak wujud. Yang wujud ialah diwajibkan kamu mandi. Mandi seperti kita mandi setiap hari.
Oleh itu sah atau tidak mandi kita jika kita bertatu?
Bertatu ialah perbuatan memasukkan warna ke dalam kulit. Ianya bukan mewarnakan ‘warna’ di atas kulit. Maka tidak timbul sama ada air tidak boleh terkena kulit kerana warna tatu bukan di atas permukaan kulit. Oleh itu sah mandi seseorang kerana air telah berjaya diratakan di atas kulit.
Warna tatu tidak sama dengan seseorang terkena cat. Sesiapa terkena cat, maka perlu menghilangkan catnya terlebih dahulu kerana cat itu di atas permukaan kulit maka jika seseorang itu mandi maka mandinya tidak sempurna kerana cat telah menghalang air terkena kulit di bahagian yang bercat itu.
Namun sempurna mandi seseorang jika bertatu kerana warna tatu di bawah kulit, yang bermakna air pasti terkena di semua permukaan kulit yang bertatu.



ko ni blajo agama x abes r..kalo ko ader tatu..mandi wajib x sah..kalo mandi wajib x sah..x bley sembahyang…salah satu syarat sah mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh badan…mesti kene kulit..kalo ader unsur yang bole menghalang air dr smpi ke kulit..ko kene buang..cthnye kalo kt tangan ko terkene liquid paper..ko kene buang dulu liquid paper 2 kalo nk mandi wajib ko sah..tatu memang da sah menghalang air dr smpi ke kulit sbb ia melapisi kulit….ko ni yahudi eh?
bro.. lu yg yahudi ke?? jangan jadi melayu bangang nak jump into conclusion je.. buat la research sikit!! ink tattoo tu masuk to the 3rd layer of the skin.. bukan atas kulit.. so dia ada dalam isi… bila dah heal.. a new layer of skin tumbuh cover the ink!! jangan main sebat je kutuk orang sia!! lu study dulu.. tak semestinya lu “LAHIR” islam, tu tau everything!! liquid paper cover the skin, of course kena buang baru lepas mandi wajib.. tattoo dah masuk dalam isi!! adoi!! orang macam lu la yg buat saudara baru masuk Islam confuse!! please, do some research before you voice out something.. or you will sound like an empty can!! loud but empty inside!!
lawak sia!
haha.. aku tiada tuhan..tapi ada ALLAH.. ;) woi aku december,jgn mudah nk melenting..kaji dulu..kupas setiap pernyataaan yg d beri… :) segala2nya dari ALLAH..kalau tak paham banyakkan bertanya…aku sendiri pun masih bertanya untuk bejalar dan di ajar ;)
kalau just baca tulisan kat atas neh, rasa mcm tatu tu x dilarang kan? tp sbb subconcious minds kita dah terima, tatu tu haram, mcm payah nak terima statement “tatu itu tidak haram.”
Tp kalo xde dlm quran tu.. mcm aku dah ragu2 bila disebut haram. Sbb kalo hadith nih, aku susah nak terima (bukan tak terima, tp SUSAH nak terima. Ye la. Ada hadith sahih, ada yg tak sahih plak kan. kalo sahih tu, sesahih manakah kesahihannya?)
slama ni mmg aku tak paham kalo dikatakan tatu haram sebab xsah wudu/mandi wajib. Sbb kaler tu kat bawah kulit, mcm letak inai kat kulit. Kaler tu meresap ke dlm, bukan stay kat surface. Same goes for hair colouring. colour molecules tu masuk dlm rambut, bkn dok betempek kt atas mcm selaput. Aku kaler rambut, terus kena kutuk dgn kwn aku, dgn mak2 dia skali kutuk aku dow. Takut kalo tetiba aku mati, org xtau aku ni islam ke x. bkn aku nak gelak, tp mmg nak tegelak pun. tgk muka pon tau keturunan aku. xkesah la cemana org nak urus jenazah aku. itu dh nasib aku yg Allah tentukan. Ish melalut..
seblom ni kalo org bgtau aku hukum bg satu2 perbuatan ni, aku terima je, xselidik dulu. Skrg, soulmate aku sorg mat saleh agnostik. Dia slalu stadi pasal agama2 ni, and pasal soalan2 dia la, baru aku sedar yang bnyk ajaran tu, aku ikut je, tanpa tau logik dan rasional. Sesetengah tu, ada yg salah plak tu. aku jd bnyk belajar. Alhamdulillah, aku dah paham kenapa kita kena mkn mknan halal, knp babi tu haram, hukum khamar, hukum samak, benefit bersolat, etc etc (from scientifical point of views, bukan ikut menang kata je. Btw, aku student bio. Makin aku blaja, makin aku seda yg Allah maha mengetahui.) Aku xnak jadi Islam sbb mak bapak aku Islam. Aku nak jadi Islam sbb aku pecaya Allah itu Satu, dan Nabi Muhammad itu Penyampai Allah.
So, mamat agnostik ni, tgn dia PENUH dgn tatu. So skrg ni kita paham hukum bertatu. KATAKANLAH mmg tatu tu haram, tu smua dia buat sblum hati dia terbukak nak terima kewujudan Tuhan. Sblum ni mungkin boleh kata tatu tu haram sebab membahayakan kesihatan. Tp teknik n bahan yg digunakan skrg ni dah dijamin selamat dari aspek kesihatan. So skrg aku dgn dia sama2 cari jawapan pasal tatu2 ni. Akal Tuhan bagi, akan digunakan sebaik2nya. Aku maleh nak betikam lidah dgn makcik2 aku, n sedara mara aku, kalo diorg nk kondem dia pasal kaler2 kt tgn dia tuh. Sian dia. Baru nak blaja, dh kena benci.
Tapi, aku xpaham, apsal tatu haram utk perempuan je? Just saying that it’s in the hadith, doesn’t really justify it 100%, right?
thumb up bro. aku sangat suka orang yang mengkaji macam kau. aku ada tattooo sejak umur aku 17, sekarang da 5 tahun tattoo ni ada kat badan aku. dah banyak orang aku jumpa mintak pendapat, dan kau adalah orang yang ke 3 bagi pendapat mcm ni. dan sampai harini aku masih terus mengkaji. =) sama macam pendapat hukum bertindik haram. tak ada sebut pon dalam kitab yang tindik haram bagi lelaki. dia dijatuhkan hukum haram sebab menyerupai perempuan, tapi sekarang dunia dah moden, dah ada subang direka khas untuk lelaki. so? hahaha ** sorry bro aku tak ada tapak sendiri nak bercerita. =)
p’s: tuhan bagi akal untuk kita berfikir, ayat dalam al-quran semua kiasan, kita kene kaji luar dalam baru jatuhkan hukum =)
Kalau sudah tiada ilmu tak perlu bercakap. Kalau orang sakit jantung takkanpergi jumpa orang tepi jalan nak dapat nasihat. Kalau nak nasihat ugama tak perlu jumpa orang jahil nak dapat nasihat. Lagi lah sesatnya.
not all those who wander are aimless; especially not those who seek truth, beyond definitions and traditions and images.
Jahil ka, kalau dia berusaha mencari jawapan? Jahil ka kalau dia tak mau main ikut ja apa org ckp?
Tak berilmu xpayah bercakap? Siapa yang tentukan siapa berilmu dan siapa jahil? Kita semua manusia. Allah bagi kita akal. Guna. Orang yang pandai melabel orang lain sesuka hati, nampak mcm tak berapa pandai.. Sori kalau terasa, tp kalo terasa gak, lantak la.
Yang keluarkan hukum tu, orang. Kita pun, orang. Mereka berfikir sebelum keluarkan pendapat, so kenapa kita xleh keluarkan pendapat sniri lepas berfikir? Kan kita sama2 orang? Tolong jangan pandai2 label orang lain sebagai jahil k.
Menda subjektif mcm ni, masing2 ada pendapat sniri.
Kalo sakit jantung, p mintak pendapat orang kt tepi jalan, pesakit tu la bodo. p la tnya orang yang dah kaji fakta. Sama mcm kes kt atas ni. Penulis, and pengkomen tu DAH KAJI FAKTA, baru keluarkan pendapat.
Kalau takmau terima, sudah. Tapi jgn cop orang sesuka hati.
Peace.
yosri; kau nak bercerita agama dengan aku??
meh sini kita berfikir secara waras, nak debat sikit.
kita kat malaysia ni ikut mahzab apa?
siapa yang cipta mahzab tu?
dia manusia kan?
dia ada jangka hayat dia betul?
dia hidup kemudia mati, betul?
dia buat mahzab, dan buat hukum hakam sekadar pada apa yang ada pada zaman dia hidup, betul?
sekarang zaman apa?
dulu dengan sekarang sama ke?
al-quran tu ayat dia just untuk zaman dulu ke?
hadith tu just untuk panduan orang zaman dulu ke?
jawap satu satu soalan aku. nnti aku reply lagi. =)
Good to know that not everybody is dead out there. Phew.. :)
Mazahab itu adalah penafsiran berlandaskan Al-quran dan hadis. Semua hal yang ditetapkan mempunyai dalil yang tersendiri. Sama juga orang kafir, kalau hendak belah jantung, dia orang belajar dan dapat ijazah baru boleh belah orang. Kalau nak bercakap hal ugama, belajar dahulu supaya tak sesat. Kalau tak belajar boleh ikut Ayah Pin, cipta ugama baru. Jadi jangan nak mengaku bercakap hal Islam kalau buta, mengaku saja nak buka ugama baru. Kalau engkau dah sesat, tak perlu menyesatkan orang lain.
yosri;
kau ni sama macam kopiah putih yang lain, cakap orang salah itu ini padahal diri sendiri tak dicermin. siapa kau nak kata orang sesat? apa kelayakan kau nak nilai orang? aku cakap otak kau sempit, setuju?
p/s; alicia anda dipihak mana? :DD
assallamualaikum pd semua saudara2 seagama..
soalan sy ringkas shj. dari mana kita belajar solat? sedangkan didalam al-quran tidak ada menyatakan khusus mengenai ruku’, iktidal dsbnya…kemudian kita kembali pd diri sndr. apabila kita mberi pendpt atau suara diri, adakah kita bawa cermin? krn apabila kita mewujudkan persengketaan sesama Muslim, jawapan yg dicari tak dpt, malah kita btelagah dgn perkara yg kita sndr tak mahu btanya lebih tperinci. benar akhi mengenai al-quran bukan utk zaman dulu shj, hadis bkn utk zaman dlu shj…tapi dizaman Nabi SAW dan sahabat2 Nabi SAW adakah mereka semua memakai tatu? adakah baginda memakai tatu? jika ada..apakata berkongsi hadith sohih dsbnya kepada kami,dan apakah kelebihan dan kebaikan bertatu ini..kan ada baiknya berkongsi ye dak? jika ia tjadi sebaliknya, maka kita tutup shj thread ini. bukan apa, Nabi SAW sndr menganjurkan kita mengikut Sunnahnya. Apa yg Nabi SAW tak buat tu, toksahlah kita nk buat. malah, ada hikmahnya takde tatu ni. takut2 kalau kajian kita salah…berapa banyak pula dosa org lain yg memegang kata2 kita ini utk dipikul…makanya, apakata kita kaji benda2 yg lebih membawa kepada manfaat sesama Muslim. wallahualam~
saya setuju dengan mujaheedah…
nak berbahas, eloklah dengan ilmu, bukan dengan melabel2kan sesiapa yang tidak sealiran dengan kita.
saya tak tau lah setinggi mana empunya blog ni mempelajari selok belok agama, tetapi setiap daripada ayat al-quran dan hadith rasulullah saw itu sudah ditafsirkan secara panjang lebar sama ada oleh ulama silam mahupun kotemporari. jadi, eloklah kita tengok apa ijmak ulama mengenainya. itu lebih bagus dan elok berbanding jika kita berijtihad bersendirian atau secara sekelompok kecil…
????? ???? ???????
HUKUM BERTATU BERDASARKAN QIAS..YAITU HARAM MENGUBAH CIPTAAN ALLAH.SEPERTI HARAM MENCUKUR BULU PADA MUKA..
KECUALI PADA YANG DISUNATKAN MEMBUANGNYA..SEPERTI MENCUKUR MISAI DAN MEMPERKEMASKAN JANGGUT.
assalamualaikum saudaraku…
Syukur kpd Illahi krn anda sume masih sudi berbicara dan berkongsi ilmu seadanya bersama kami. Selamat dtg kpd saudara2 baru kite.. Xlupe juge kpd muslimin yg maseh berpegang teguh dgn Islam dan iman serta taqwa yg sejati.
Kalian, berbicara ttg agama lebih memerlukan ilmu, kewarasan, dan kesabaran dalam mencari sesuatu penyelesaian.
Kawal lah emosi, tutur kata anda agar ilmu yg dikongsi mudah diterima rakan2 yg lain.
Berbicara ttg tatoo, jelaslah ianya bkn diwariskan kpd kite iaitu umat muhammad. Rasulullah mengembangkan islam dgn pendekatan yg amat mudah. Perbuatan dan tutur kata Baginda menjadi pedoman utk sahabat2 seterusnye menjadi pegangan umat islam sehinnga kini.
Tatoo merupakan amalan jahiliah yg sama sekali tidak membawa faedah kpd umat manusia, dan ianya hanya lah satu seni yg hendak dipertontonkan kpd umum.. Ini sudah jelas akan membawa kpd sifat riak dan takbur.
Proses me’natu’ juge memerlukan kesabaran dalam menahan kesakitan jarum ditusuk kelapisan kulit. Alangkah bagus nye sekiranye kesabaran ini disalurkan ketika beribadah dan berjihad.
Justeru itu, amalan bertatoo wajar dihindarkan.
Walaupun terdapat keraguan dr hadis2, mari lah kite kembali kpd ajaran asal Islam.
Saudare sekalian, Islam itu agama mudah, tetapi jgn lah dipermudahkan.
Kpd saudara2 baruku, Islam itu bkn lah sekadar logik diakal manusia. Ajukan lah pertanyaan saudare kpd alim ulamak, ustaz2, dan juge uztazah yg berhampiran dgn anda.
Wahai saudare2 ku, jgnlah diragui kesahihan hadith2 yg telah diriwayatkan.. Ianye peninggalan Baginda.
Hargailah dan amalkan lah ia..
Sampai ketemu lagi..
Wslm..
Assalamualaikum…
terus terang aku ckp mmg betul2 mengelirukan note kat atas 2,, mengelirukan dan merosakkan akhlak…. KALAU la bertatu 2 konon2nya tidak haram bg lelaki so apa faedahnya??? nak menunjuk2??? bersifat riak??? takbur??? konon2 samseng??? nak bagi org lain gerun n kecut perut??? Perbuatan sia2 dowhh. Buat apa nak menyakitkan diri sendiri? konon nak berbangga dengan tatu yang ada? Berani ke korang nak menghadap Allah dgn badan bertatu???
So jangan la ada lepas ni pulak org2 islam yg baca note kat atas 2 terus nak bertatu….tinggalkan la yang sia2 cari la bekalan akhirat….jangan dok asyik hanyut ngn dunia je
ayah pin 2nd edition..,
hahaha..,
frasa membelek2 adakah dianggap seperti mengkaji??sebagaimana ulama’2 yg fakih memdalami,mengkaji al-quran dan hadith selama bertahun2 barulah mengeluarkan hukum..mereka mengeluarkan hukum dan fatwa berdasarkan ilmu bersandarkan al-quran dan hadith..bukan sekadar pendapat sahaja mereka berijtihad.. jika anda kata anda telah kaji,saya cadang cuba anda bawa kajian anda ke majlis fatwa kebangsaan..mungkin disana anda jumpa kebenaran..