About
Malay Magazine @ melayumoden.com dibina pada 21 Julai 2008. Ianya adalah kesinambungan dari laman web http://melayuliberal.wordpress.com. Malay Magazine adalah satu penghasilan majalah internet yang bercita-cita dapat memberikan sumber inspirasi kepada manusia untuk menjadi manusia.
Majalah ini bertapak kepada situasi yang berlaku di sekitar Malaysia, kehidupannya dan warnanya. Motto majalah ini adalah ‘Kritis dan Bergaya’ iaitu mengimbangi berita-berita kritis dan berita-berita bukan kritis.
Majalah ini dibina dengan semangat aliran tengah kiri, berakidah salaf dan berfiqh adat resam melayu – dharma.
Majalah ini mempopularkan kehidupan moden dan liberal. Kerjasama kemasyarakatan dalam kerangka kesaksamaan dan sosialisme. Pluralist dalam kepercayaan kepada Tuhan. Sementara kuat semangat nasionalisme Melayu.
Sumbangan penulisan amatlah dialu-alukan.
Agar majalah ini akan terus berkembang dan berkembang menjadi majalah yang berkualiti.
- Ketua Urus -
melayumoden@melayumoden.com


